Hari Terakhir Berpuasa di Bulan Ramadhan 2009

kicauan burung serta bunyian ayam berkokok memberitahu aku bahawa bunyi - bunyian ini lah yang hanya terdapat di kampung...indah sungguh...terasa sejuk embun pagi seperti di dalam peti sejuk 2 pintu jenama samsung..hahaha..melihat suasana kg pada waktu pagi sungguh indah..halaman rumah aku yg telah di hiasi oleh lampu pelita zaman moden (petik suis je dah menyala)...kemudian aku telah disuruh oleh mak untuk pergi kekedai membeli barangan untuk membuat masakan pada pagi raya...kebetulan kakak aku iaitu kak anis ingin keluar bersama suaminya...aku pun malas nak klua sebenarnya..saing dia orang je..
mak banyak juga kirim...kelapa la..tikar la..bunga la...alas meja..dan kalau boleh satu kedai hiasan dalaman rumah la nak dibeli...kami berjalan - jalan di pekan seri medan...sudah lama x pergi ke pekan koboi nie..koboi2 gak..tempat tue gak la aku dibesarkan..habis je membeli barangan...kami pun pulang..sesampai je kerumah..aku mengambil keputusan untuk membasuh motorsikal aku..bukan satu tapi 3 termasuk sebuah kereta..letih gak la..mcm tu la nak raya..petang pula aku ke kedai Cik Misran iaitu ayahnya Syafiz Syahril kawan sekolah dan juga jiran...disana aku membeli barangan dapur dan juga SATE 200 cucuk ayam dan juga daging untuk dibakar pada pagi raya...SATE tue mak tiri si syahril yang buat..die memang berniaga sate...waktu malam pula..aku telah menyaksikan siaran langsung Pengumuman Hari Raya..memang x disangka..esok hari raya..habis je pengumuman tue budak2 je la yg suka..terus pergi bakar bunga api dan mercun (AMARAN! JANGAN BERMAIN MERCUN)...letih layan bebudak..habis duit dibakarnya..anak sedara kau je dah cukup untuk sepasukan bola sepak..habis sume tue..aku terus baring melayan SMS hari raya pengganti kad raya sambil menonton tv..kemudian aku lelap dibuai mimpi indah..begitulah kisah Hari Terakhir Berpuasa di Bulan Ramadhan 2009...

0 comments:


 

Copyright © 2013 am suda All Rights Reserved