Gerhana Separa Matahari Hari Ini


Fenomena anulus selama lebih dua jam



Selepas menyaksikan gerhana separa bulan pada pagi 1 Januari lalu, kini penduduk negara ini berpeluang pula menyaksikan fenomena gerhana separa matahari atau dikenali gerhana anulus selama lebih dua jam yang dijangka berlaku antara jam 3.02 petang hingga 5.35 petang di langit sebelah barat, hari ini (15 Jan 2010).

Gerhana separa matahari itu dijangka dapat dilihat di negara ini bermula jam 3.02 petang dan fasa maksimum akan berlaku jam 4.25 petang apabila 28.7 peratus permukaan matahari dilindungi bulan dan dijangka berakhir pada jam 5.35 petang. Pada awal tahun baru, kita menyaksikan gerhana separa bulan dan kali ini berlaku pula gerhana separa matahari. Kejadian gerhana dua kali pada awal tahun berturut-turut ini sememangnya jarang berlaku.

Kali terakhir gerhana separa matahari dapat dilihat di Malaysia pada 1998, gerhana anulus atau gerhana cincin terjadi apabila bulan berada di antara bumi dan matahari dalam satu garisan. Disebabkan saiz ketara bulan kecil sedikit berbanding matahari, menyebabkan sebahagian kecil permukaan matahari akan kelihatan cakera sekeliling seperti satu cincin cahaya yang terang. Dinasihatkan orang ramai yang tidak memiliki peralatan khas supaya menggunakan alat penapis suria dan peralatan yang betul untuk melihat gerhana berkenaan bagi mengelak kerosakan retina.

Selain itu, anda boleh menggunakan kaedah kamera lubang jarum dengan menebuk satu lubang kecil dengan jarum pada kadbod dan satu lagi kad dijadikan sebagai skrin. Halakan kadbod yang sudah ditebuk lubang ke arah matahari dan pastikan cahaya matahari melalui lubang itu. Cahaya boleh dilihat menerusi lubang itu di atas skrin kadbod dan mereka akan dapat melihat bentuk gerhana matahari itu.


0 comments:


 

Copyright © 2013 am suda All Rights Reserved