MENCINTAI ALLAH


Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai.Kemuncak cinta,ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta.Cinta yang bagaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk ke neraka lantaran cinta.Cinta adalah peresaan halus yang dimiliki hati setiap insan,dan tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seharian.Dalam Islam,cinta merupakan perkara utama dalam kehidupan dunia dan akhirat.Ini kerana Islam sendiri merupakan agama yang berasaskan cinta. Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud: "Tiga perkara yang apabila terdapat pada diri seseorang maka ia akan mendapat manisnya iman,yakni:Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada yang llain;mencintai seseorang hanya kerana Allah,dan benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka." (HR.Bukhari dan Muslim) Oleh yang demikian,Islam menyeru kepada cinta Allah,cinta kepada Rasullullah,cinta kepada akidah,juga cinta kepada makhluk,sepertimana Allah menjadikan kecintaan suami isteri sebagai sebahagian tanda dan bukti kekuasaanNya,dalam ayat yang bermaksud: "Dan diantara kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari kalangan kamu sendiri,supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka.Dan dijadikanNya cinta kasih sayang antara kamu.Sesungguhnya pada ynag demikinan itu tanda bagi orang yang berfikir. (Ar-Rum:21) Sebagaimana Rasullullah bermaksud: "Demi Dzat yang diriku ada ditanganNya,kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman,dan kamu tidak akan beriman dengan senpurna hingga kamu saling mencintai.Hendaklah aku tunjukkan kalian kepada sesuatu yang jika kalian lakukan kalian akan saling mencintai ?Sebarkanlah salam diantara kalian.

(HR Muslim)

0 comments:


 

Copyright © 2013 am suda All Rights Reserved