Kisah lucu : Ditegah berus gigi di bilik air
DUBAI; Seorang eksekutif wanita yang berpusat di Ajman berang apabila ditegah memberus gigi di bilik air sebuah pusat beli-belah di sini.
Tindakannya berbuat demikian di bilik air Pusat Bandar Deira (DCC) ditegur oleh seorang pencuci yang berkata ia mengotorkan bilik air berkenaan.
“Jika anda mahu memberus gigi, lakukannya di dalam tandas,” kata eksekutif itu, mengulangi teguran pencuci berkenaan.
Tidak berpuas hati dengan teguran itu, eksekutif terbabit pergi menemui pegawai khidmat pelanggan.
Malangnya, pegawai berkenaan juga menegurnya dengan berkata, memberus gigi dilarang di bilik air.
“Apa yang tidak bersih apabila anda memberus gigi anda,” tanya eksekutif itu.
Jurucakap Majid Al Futtaim, syarikat yang memiliki DCC enggan mengulas kejadian itu apabila dihubungi.
Sumber dari myMetro 2010/07/09
0 comments:
Post a Comment