MELAKA: Seorang bilal di Masjid Bakar Batu, Bachang, dekat sini, tidak sempat melaungkan azan solat subuh apabila maut dirempuh sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke masjid berkenaan kira-kira jam 5.55 pagi.
ANGKAT...anggota polis dan orang ramai mengangkat mayat mangsa yang terbabit dalam kemalangan, semalam.
TERBALIK...kereta yang dipercayai melanggar mangsa dalam kemalangan.
Difahamkan ketika kejadian, mangsa Abas Ab Rahman, 58, menunggang motosikal sendirian di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ)/ Bachang menuju ke masjid itu yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di Batu 2 1/4, Jalan Tun Perak, Bakar Batu, Bachang.
Difahamkan juga akibat dilanggar kereta dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun itu mangsa tercampak beberapa meter sebelum menghembuskan nafas akibat cedera parah.
Menurut menantu, arwah, Md Noh Abu, 30, yang juga saksi kejadian, beliau langsung tidak menyangkakan kemalangan berlaku di hadapan matanya membabitkan ahli keluarganya.
Katanya, ketika itu beliau berada di sebuah gerai makan di hadapan Lebuh AMJ di tempat kejadian kerana menunggu untuk mengambil isterinya yang tidur di rumah mentuanya.
“Tiba-tiba saya dengar bunyi dentuman kuat diikuti bunyi deruman enjin yang kuat selepas beberapa ketika. Saya berkejar untuk melihat apa berlaku.
“Saya terperanjat apabila melihat bapa mentua saya jadi mangsa kemalangan itu dan ketika itu ada seseorang memberitahu saya sebuah kereta berada di persimpangan lampu isyarat berdekatan,” katanya.
Katanya, jenazah mentuanya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bidadari, Bachang, dekat sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Turus Trafik Daerah Melaka Tengah Asisten Superintendan Poon Nam E Kling berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila mangsa yang menunggang motosikal dipercayai mengubah haluan menyebabkan dilanggar dari belakang.
Arwah adalah pak cik kepada Fariza Mohd Mostar (anda boleh search di Facebook). pada pagi itu Fariza berada dirumah saya, kami sebenarnya merancang untuk ke Kuala Lumpur bersama Ibu untuk melawat adik saya PC yang sedang demam panas.Apabila mendengar khabar berita yang mendukacitakan kami mengambil keputusan untuk singgah ke Melaka dan menghantar Fariza. Kemudian saya dan Ibu meneruskan perjalanan. Cuaca semasa di Melaka adalah tidak berapa elok kerana hujan ianya juga amat menyukarkan perjalanan kami.
2 comments:
Sabarlah atas dugaan yang ini.
Daripada Allah kita datang, dan kepadanyalah kita dikembalikan
pergi tak kan kembali..
Post a Comment