Telefon Awam

Vandalisme telefon awam

Pada masa dahulu telefon awam sangat penting pada kita semua kerana penggunaan telefon bimbit yang belum meluas pada masa, jika ada penggunaan telefon bimbit ketika itu pastinya penggunanya orang yang mampu ( orang kaya ). Tetapi kini hampir ke semua penduduk di negara mampu memiliki telefon bimbit. Penggunanya yang tidak kira usia yang bekerja mahupun yang masih belajar lagi.

Oleh kerana penggunaan telefon bimbit yang sangat meluas, penggunaan telefon awam kurang digunakan pada masa kini. Walaupun kini penggunaan telefon awam sudah berkurangan, kita perlu memikirkan golongan yang masih menggunakannya. Mungkin penggunanya seorang pelajar, pekerja asing, suri rumah mahupun warga emas yang benar-benar mempunyai keperluan menghubungi seseorang. Jika telefon awam tersebut tidak dapat digunakan, ia pasti mendukacitakan lebih-lebih lagi jika dalam keadaan kecemasan.

Cuba anda bayangkan, anda mempunyai telefon bimbit namun tiada kredit didalam akaun anda ataupun kehabisan bateri dan pada masa yang sama anda di dalam kecemasan. Telefon awam yang akan membantu anda.

1 comments:

Anonymous | Monday, September 8, 2014 at 3:22:00 AM GMT+8 said...

Excellent site. Lots of helpful information here.
I am sending it to some friends ans additionally sharing in delicious.
And certainly, thanks for your sweat!

Here is my web site; minecraft net


 

Copyright © 2013 am suda All Rights Reserved