Stress di tempat kerja

Salam 1 Malaya,
wowow..siapa yg kerja tanpa stress angkat tangan..ok terima kasih..menipu la ko ni..
aku rasa semua kerja yg kita lakukan memang terasa stress.."tensionya aku" dah biasa dengar dah ayat ni kat mana - mana ofis..aku nak berkongsi sikit info yang aku jumpa kat utusan melayu "Tangani tekanan di pejabat".

Daripada info yang aku dapat ni 1/3 daripada hidup seharian kita ni kat tempat kerja. so kalau kita dapat mengawal tekanan kira positif la.tapi bila jadi negatif memang haram la..kerja semua jadi hancur. Pakar Psikiatris di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Muhammad Muhsin Ahmad Zahari menjelaskan, tekanan sebenar yang dihadapi di tempat kerja merupakan tindak balas fizikal, emosi dan juga mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan kerja.

Tekanan kat tempat kerja ni bukan la penyakit ke apa..tapi kalau berlarutan boleh gak menjejaskan kesihatan. Banyak implikasi negatif berlaku apabila seseorang tidak dapat mengawal tekanan kerjanya. Panas baran, murung, gelisah, kelesuan, resah, ketakutan dan hilang tumpuan adalah antara kesannya.

Lagi info yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, tekanan di pejabat dilabel sebagai 'Penyakit' abad ke-20 dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga melaporkan bahawa tekanan ialah Epidemik Dunia. Malah WHO juga menjangkakan bahawa tekanan di tempat kerja merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada semua lima penyakit utama di dunia iaitu penyakit jantung, kemurungan melampau, kemalangan jalan raya, strok dan penyakit paru-paru yang kronik menjelang tahun 2020.


Kat  Malaysia plak, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (1996) menunjukkan kadar prevalen kemurungan ialah pada 11 peratus, kejadian bunuh diri yang tinggi iaitu 2,000 orang setahun (sampai bunuh diri tu) dengan purata 7 orang sehari dan 13.7 peratus remaja Malaysia khususnya pelajar menghadapi masalah kesihatan berkaitan mental.

Situasi tekanan dengan tugasan yang diberikan oleh majikan juga mendorong seseorang itu lebih tertekan, "ha bos, kerja kasi kurang sikit". Keadaan ini menyebabkan pekerja berasa bosan untuk datang bekerja sehingga menyebabkan dia suka mengasingkan diri daripada pekerja-pekerja lain, "macam perangai aku, tension je cuti".

Sebenarnya ada cara untuk atasinya, Macam mana??? Bercuti, Bersenam, Meluahkan perasaan kepada seseorang yg rapat.

Warna juga memainkan peranan, warna dapat mengurangkan tekanan di tempat kerja, warna - warna yg sesuai seperti Merah, Biru, Merah Jambu, Jingga dan Hijau.

Merah :-kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu, jika anda mengalaminya letak tuala warna merah atas mata korang.ia dapat melonjakkan adrenalin.

Biru :-facebook ler hahah..cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yg bewarna biru.ia dapat merasakan sesuatu yg tenang.

Merah Jambu :-jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yg selesa diwaktu malam, apa kata korang cuba petua ni. Hiasi bilik tidur dengan wrna ni.cam perempuan la plak..Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana romantik dan santai.

Jingga :-apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yg bewarna jingga. Insha Allah pasti mood anda akan berubah.

Hijau :-terdapat pendapat yg mengatakan bahawa warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan dan mampu melenyapkan keletihan
ni wallpaper notebook aku (kecoh la am ni)

daripada apa yg aku dapat ni, paling mudah sekali warna - warna ni bek korang letak as a wallpaper je.lagi senang.ok x?

0 comments:


 

Copyright © 2013 am suda All Rights Reserved