Inisiatif
Pendaftaran Haji Ahli KWSP merupakan satu kemudahan yang membolehkan
seseorang ahli yang mempunyai simpanan KWSP membuat pendaftaran haji
dengan Lembaga Tabung Haji (LTH) tanpa perlu mendepositkan simpanan
sebanyak RM1,300.00 dalam akaun Tabung Haji.
Kemudahan ini tidak melibatkan pengeluaran wang simpanan KWSP.
Syarat-syarat Kelayakan
Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
b. Beragama Islam
c. Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
d. Belum mencapai umur 55 tahun
e. Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji
Kemudahan pendaftaran haji ini hanya dibenarkan kepada individu atau ahli KWSP berkenaan sahaja.
Ahli
KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum
ini boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP
tanpa melibatkan pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberi
sebelum ini dan wang pendaftaran haji RM1,300.00 sebelum ini dicairkan.
Kaedah Pelaksanaan
Ahli
boleh mendaftar haji di bawah Pendaftaran Haji Ahli KWSP dengan hadir
sendiri di mana-mana cawangan LTH, Bank Rakyat dan Bank Islam dengan
membawa MyKad dan Penyata Ahli KWSP. Proses pendaftaran haji adalah
mengikut prosedur semasa LTH.
Nota: Penyata KWSP boleh diperolehi melalui i-Akaun, kios, kaunter atau penyata tahunan yang dihantar melalui mel.
Tarikh Kuatkuasa
Kemudahan ini berkuatkuasa mulai 3 Januari 2012.
Rujukan dan Pertanyaan
Sila klik di sini untuk melihat Soalan-soalan Lazim berkaitan kemudahan ini.
Pertanyaan lanjut juga boleh disalurkan ke:
a. Maklum balas online melalui Enquiry
b. Pusat Pengurusan Panggilan KWSP di talian 03-89226000
c. Mana-mana Pejabat KWSP
Tabung Haji Contact Centre
Tel: 03 – 6207 1919
Laman Web: www.tabunghaji.gov.my |
0 comments:
Post a Comment